Beberapa tokoh penting Harakatul Muqawwamatul Islamiah (Hamas) dan sekutunya Hizbullah dibunuh dalam siri serangan rejim Israel ketika konflik Gaza membahang.
JEDDAH, 8 OGOS: Dalam mesyuarat tergempar pada Rabu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh minggu lalu.
BANDARAYA GAZA (Palestin), 7 OGOS: Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitiskan air mata ketika mendengar pesanan terakhir Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh kepadanya, sebelum dibunuh rejim Zionis Rabu lalu.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling.
GAZA CITY, 4 OGOS: Hamas semalam mengumumkan kepimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.
TEHRAN, 3 OGOS: Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas Palestin, Ismail Haniyeh dipercayai dibunuh menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram yang ditembak dari luar rumah tamu di Tehran, lapor Sputnik.
ANKARA, 3 OGOS: Polis Israel menahan imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri semalam kerana berkabung atas kematian ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh, lapor Agensi Anadolu.
Pembunuhan ketua Biro Politik Harakatul Muqawwamatul Islamiah (Hamas) dalam serangan udara rejim Israel pada awal pagi 31 Julai di Tehran, Iran menggemparkan dunia khususnya kalangan umat Islam.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Orang ramai dijemput menyertai Himpunan Pembebasan Palestin diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini.
PUTRAJAYA, 2 OGOS: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Masjid di seluruh negara hari ini mengadakan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran semalam.
SHAH ALAM, 1 OGOS: Semua masjid dan surau di negeri ini diseru mengadakan solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh selepas solat Maghrib malam ini.
TEHRAN, 1 OGOS: Pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis sedang berlangsung di Tehran pada Khamis, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Berita pembunuhan pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu di Tehran, Iran menggegarkan seluruh dunia.
Lahir di sebuah kem pelarian di Gaza pada awal tahun 1962, Ismail Haniyeh bergerak cergas di kampus sejak 1981 sebagai pemimpin mahasiswa yang dekat dengan Ikhwanul Muslimin.
ANKARA, 31 JULAI: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang maut dalam serangan udara hari ini akan dikebumikan di Qatar, lapor Agensi Anadolu berdasarkan sumber yang berkaitan dengan pergerakan perjuangan Palestin.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
SHAH ALAM, 31 JULAI: Pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh dibunuh dalam serangan dari udara di ibu kota Iran hari ini, di tengah-tengah perang Gaza yang berlarutan lebih 10 bulan.
PUTRAJAYA, 31 JULAI: Malaysia mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh yang merupakan pemimpin dan Ketua Biro Politik Hamas di Tehran, Iran hari ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.